Monday 1 March 2010

TUBUH



Seperti diri terbahagi 2, tubuhpun demikian juga.
1 dinamakan tubuh kasar
2. dinamakan tubuh halus

Maka tubuh kasar di namakan diri kasar.Tubuh kasar dinamakan diri kasar.Tubuh kasar itu dengan nama badan, jasad, lembaga atau jisim.

Tubuh zahir dinamakan ayan farijah.
Tubuh ghaib dinamakan napas.
Tubuh batin dinamakan sebenar benar insan.
Nyawa tubuh dinamakan roh izapi.
Kuasa tubuh dinamakan gerak geri yang datangnya dari Allah.
Bapa tubuh dinamakan Adam awal.
Pusaka tubuh dinamakan kadim izapi yang zamani.
Kembar tubuh dinamakan Adam suri(uri, temuni, mentuban, bali)
Saudara tubuh dinamakan insan.
Mensucikan tubuh dinamakan istinjak.Perkataan istinjak sekarang jarang2 kita degar lagi kan....
Kiblat tubuh Baitullah yang ada di Masjidil Haram,
imam tubuh dinamakan Al qur'an,
ingatan tubuh dinamakan dua kalimah shahadah dan
lembaga tubuh dinamakan Adam semesta.
Maka tubuh dalam kefahaman makrifat daim adalah sebagaimana diri juga.

Oleh yang demikian manusia hendaklah mengenal tubuhnya dan mengenal dirinya supaya dapat sampai ke darjat darjat yang dikehendaki oleh ajaran tasauf iaitu :-

1. ahli laduni (sebenar benar ahli hakikat)
2. ahli khasaf(setinggi tinggi ahli makrifat)
3. ahli makrifat daim(martabat tujuh)
4. kamil wamukamail iaitu yang berjiwa mutmainnah.

Sejarah mengenal diri adalah berpunca daripada tokoh mubaligh islam yang datang dari tanah Arab ke alam Malaysia purba.Maka dinamakan saja ilmu itu ilmu martabat tujuh serta ilmu makrifat ketuhanan atau dengan nama ilmu batin yang berpunca daripada ilmu tasauf islam.Seorang yang bernama Keramat Tok Kadok orang Batu Gajah Perak adalah orang yang awal(mula mula) yang jadi keramat di negeri Perak melalui ajaran islam dinamakan ilmu martabat 7 yang dipelajari mereka dari mubaligh ulong itu kerana itulah orang orang tua dulu dulu(yang silam) mengenal Allah dengan 4 jalan(shariat, tariqat ,hakikat , makrifat )Adapun mubaligh islam itu setelah negeri Perak mempunyai kesultanannya merekapun pulang ke Mekah.

Adapun keramat Pulau Besar Melaka yang dikenal dengan batang tubuhnya Syeikh Ismail beliau seorang Ariffin Billah,Seorang mubaligh di Melaka dalam zamannya.Perkuburannya sekarang yang banyak disalah guna orang yang tanpa ada ilmu yang ada kait mengait dengan saka baka itu dan penunggu penunggu yang tiada ilmu tasauf, banyak menjadikan orang orang bernazar, pada hal nazar itu tidak boleh menghalangi takdir.Nazar adalah kesalahan manusia sendiri yang jahil pada ugama serta tidak patuh pada hadith rasullullah.

Maka semua yang berlaku yang telah jadi sejarah, jadi cerita atau di novelkan dan di sanjung tinggi oleh pembacanya dan manusia umum adalah berpunca dari tubuh yang kasar dengan tubuh yang halus maka 2 tubuh telah menjadi satu maka ia di kenal oleh manusia yang bernama anu, fulan bin fulan atau anak si anu....
jika tidak tubuh yang 2 menjadi satu yang dikenal dengan nama fulan bin fulan maka tidak ada manusia , tidak ada sejarah, cerita , ilmiah, sains teknoloji dan lain lain....

sekadar ini dahulu
wassalam

ILLAHI ANTA MAKSUDI WAREDHAKA MATHLUBI

No comments:

Post a Comment