Monday 1 March 2010

SAKA - Dipetik dari tajuk ASAL NYAWA

SAKA

Dipetik dari tajuk ASAL NYAWA
(dalam pembacaan terdahulu)

ROH bernama ROHANI telah memohon kepada tuhan supaya ia ada jasadnya.Maka sebab doa ROHANI itulah maka Allah jadikan Adam yang dinamakan Adam awal.Anasir Adam itu empat iaitu tanah , air , api dan angin.Jibril telah diperintahkan Allah meniupkan roh tuhan yang mana bernama ROH RABBANI.Ini sesudah manusia dijadikan lembaga manusia.Masa tiupan roh ke jasad Adam itulah yang dinamakan salam zaman dengan sebutan Allah AKBAR.Bila Adam ujud Allah menitahkan malaikat sujud(malaikat ikut) kecuali Azazil yang tidak mahu taat pada Allah maka jadi lah ia iblis namanya.Iblis yang mempunyai 1. sifat megah dengan asal kejadiannya daripada api. 2. sifat pandang hina pada Adam awal 3. sifat degil yang ada padanya 4. sifat tidak taat kepada Allah maka jadilah laknat Allah serta seteru kepada anak cucu Adam.

Maka jadilah Adam itu bapa manusia manakala Siti Hawa itu ibu manusia.Maka Adam jadi BAKA manusia sebab ia mengandungi IZAPI ZAMANI iaitu dinamakan INSAN ertinya NAPAS Yyang mengandungi AMPAS, TANAPAS dan NUPUS.Siti Hawa jadi SAKA manusia sebab beliau mempunyai anasir manusia iaitu MANIKAM, MANI, WADI dan WAZI.Maka itulah sebenar pengertian SAKA BAKA manusia.Hanya manusia JAHIL yang sesat fahamnya tanpa mengerti SAKA BAKA itu.Maka jadilah turun temurun sampai anak cucu cicit.Sebab itu dilarang anak anak jangan durhaka kepada ibu bapa.Jika durhaka kepada salah satunya maka dinamakan MALAUN.Seperti Azazil durhaka kepada tuhan iaitu jadi iblis dan yang durhaka kepada guru dinamakan MUKTAZILLAH.Setelah beribu ribu tahun maka NOH pula jadi giliran bapa manusia.Kemudian Ibrahim pula jadi bapa manusia kemudian Ishak kemudian berpecah dengan nama yang lain menjadi bapa manusia.Demikian proses alam yang dinamakan SAKA BAKA.Adapun Ismail jadi bapa kepada umat Arab dan keturunannya dinamakan bangsa Arab dan berbahasa Arab......

Anasir daripada WADI, MAZI, MANI dan MANIKAM jadi SAKA BAKA Rasullullah SAW dari puteri Rasulullah iaitu Siti Fatimah.Maka ujudlah SAKA BAKA saidina Hassan dan saidina Hussaein yang dikata ahli Bait yang mesti di hormati oleh semua umat islam.Maka SAKA BAKA Rasullullah SAW itu sampailah kepada hari kiamat.Anasir daripada Rasullullah SAW yang dinamakan UJUD, ILMU, NUR, SHUHUD itu namanya SHAIUN.Syaiun itu ada kepada semua orang orang mukmin sahaja dan masuk bilangan wali Allah, Ariffin Billah, Ahli Sufi, Ahli makrifat maka nyawa yang bukan mukmin dan bukan ahli makrifat tidak di akui berasal dari NUR MUHAMMAD Rasulullah SAW maka nyawa itu ada di dua sumber iaitu 1. nyawa mukmin daripada NUR MUHAMMAD 2. nyawa yang bukan mukmin iaitu bukan dari NUR MUHAMMAD.Walau asal dari NUR MUHAMMAD maka roh yang tidak di akui oleh nabi Muhammad SAW dinamakan nyawa yang fana maka nyawa fana itulah yang lupa pada janjinya didalam masa kehidupannya walaupun ia telah berikrar di alam ghaib dahulu atau dialam telur sebutir(dalam perut ibunya)

Perkara yang lebih mudah berkenaan SAKA BAKA telah hilang dan tidak berapa orang faham sungguh sungguh.Maka ini adalah salah satunya nikmat yang hilang pada orang orang islam.Allah telah menugaskan kepada malaikat Hipzah menjaga manusia yang mukmin, tapi manusia itu sendiri tidak kenal malaikat yang menjaga tubuh badannya.Kalau tak kenal tak sayang, kalau tak sayang tidak kasih kalau tidak kasih maka TERBUANG.Kalau terbuang bercerailah darinya maka begitulah manusia islam dengan malaikat yang jaga tubuhnya.Sebab Allah muliakan anak Adam ini.BAKA Adam mulanya dipandang mulia tapi baka atau darah itu menghinakan dirinya sendiri sebab ia beralih dari ajaran iman kepada ajaran luar iman.Maka hendaklah tiap tiap manusia memelihara SAKA BAKA dan jangan menjauhkan dari SAKA BAKA masing masing jika ingin memelihara tata tertib ketuhanan yang telah Allah aturkan pada alam yang fana ini.

"maka bertanyalah kepada orang orang yang berilmu(yang ahli) jika kamu tiada mengentahui" - AL ANBIYA:7

Sekian ana faqir

ILLAHI ANTA MAKSUDI WAREDHAKA MATHLUBI

3 comments:

  1. main keblog gue yach

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan terima kasih mohon dapat d perjelaskan lagi tentang SAKA BAKA kepada saya 0102070502 @0108112570 maduemas70@gmail.com... Untuk bekalan dunia dan akhirat mohon ampun dan maaf saya budak baru belajar mohon di tunjuk ajar AMIN

    ReplyDelete